Intisari Zodiak Cina

Peringatan: aksara-aksara Cina bagi bintang-bintang haiwan dalam jadual ini merupakan aksara khusus untuk astrologi, bukannya aksara-aksara yang biasa digunakan dalam penulisan am.

BintangDahan
Duniawi
Yin/YangTigaanUnsurSifat baikSifat buruk
Tikus子 zǐYang1AirTerus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintarBermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik
Lembu丑 chǒuYin2TanahBoleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuatDegil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak
Harimau寅 yínYang3KayuSukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hatiMudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri
Arnab卯 mǎoYin4KayuBaik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibelAda angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis, pemalas
Naga辰 chénYang1TanahBaik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setiaSombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar
Ular巳 sìYin2ApiBerfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekadPenyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta
Kuda午 wǔYang3ApiPeriang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbukaTidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah
Kambing未 wèiYin4TanahSoleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindunganAda angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut
Monyet申 shēnYang1LogamPencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektualEgoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi
Ayam酉 yǒuYin2LogamTajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawabTerlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya
Anjing戌 xūYang3TanahJujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigihSinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh
Babi亥 hàiYin4AirJujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdikNaif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengikut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik

Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman), hari dan jam seharian (haiwan rahsia).

Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.